Kami menawarkan program Master, Ijazah, Diploma & Kursus Jangka Pendek
“FTKP menawarkan program-program dalam bidang teknikal. Konsep pembelajaran adalah secara 'Hands On". Graduan daripada bidang teknikal yang berkemahiran mempunyai kebolehpasaran pekerjaan yang tinggi.”
Ts. Kamarul Adnan B. Abd Aziz – Dekan FTKP
Telefon/WhatsApp : 012-970 1079
Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (FTKP) adalah salah satu dari empat fakulti yang ada di TATIUC.
Ditubuhkan lebih sepuluh (10) tahun dahulu dan menjadi fakulti pertama yang menawarkan program Teknologi Kejuruteraan peringkat Sarjana Muda dan Sarjana.
Fakulti dilengkapi dengan pelbagai mesin, peralatan dan perisian yang di perlukan untuk pembelajaran secara “hands-on” dan disokong oleh tenaga akademik yang berkemahiran dan mempunyai pengalaman industri.
Matlamat penubuhan FTKP ialah untuk menawarkan program-program dalam bidang teknikal yang berkonsepkan “hands on” pada peringkat Diploma, Sarjana Muda dan Sarjana.
Melahirkan tenaga mahir dan Juruteknologi (Technologist) dalam bidang pembuatan terutamanya dalam bidang alatan & acuan (tools & dies).
Menjalin hubungan dengan industri berkaitan bagi memastikan fakulti sentiasa relaven dengan teknologi dan keperluan industri.
Memastikan keputusan peperiksaan setiap program yang ditawarkan mencapai sekurang-kurangnya 90% Kedudukan Baik (KB).
(Pembuktian: Pencapaian Prestasi Akademik)
Memastikan hasil kajian kepuasan pelanggan menunjukkan sekurang-kurangnya 85% pelajar dan kakitangan berpuas hati dengan perkhidmatan dan kemudahan pembelajaran yang disediakan oleh Fakulti/Pusat/Jabatan.
Memastikan 100% pensyarah mendapat sekurang-kurangnya skor 4 dan ke atas di dalam Kaji Selidik Persepsi Pelajar Terhadap Prestasi Pengajaran Pensyarah/Pengajar bagi setiap semester
(Pembuktian: Kaji Selidik Persepsi Pelajar Terhadap Prestasi Pengajaran)
Program ini sangat sesuai untuk para pelajar yang meminati bidang teknikal yang memberi penekanan pada aspek praktikal berbanding teori.
Program Bachelor of Manufacturing Engineering Technology (Tooling) ini memberi tumpuan kepada bidang teknologi kejuruteraan pembuatan secara ‘hands on’.Pelajar akan belajar untuk menggunakan pelbagai jenis mesin dan perisian yang berkaitan dengan pembuatan perkakasan, pengeluaran dan rekabentuk produk.
Graduan daripada program ini mempunyai keboleh pasaran kerja yang tinggi dan bersedia untuk memasuki dunia pekerjaan.
Teras bidang pengajian
1-Pembuatan dan reka bentuk perkakasan
2-Operasi mesin & jentera pemprosesan
3-Reka bentuk produk
4-Perisian rekabentuk dan pembuatan berbantu computer (CAD & CAM)
5-Penyelenggaraan alat dan acuan
Peluang pekerjaan
1-Jurutera Peralatan(Tooling Engineer)
2-Jurutera Proses
3-Pereka bentuk Produk
4-Perancang pengeluaran
5-Pengatur cara mesin CNC
Program ini sangat sesuai untuk para pelajar yang meminati bidang teknikal yang member penekanan pada aspek pengurusan industry pembuatan.
Program Bachelor of Manufacturing Engineering Technology (Production Management) ini memberi tumpuan kepada bidang pengurusan industry pembuatan berdasarkan keperluan industri. Pelajar akan belajar teknik pengurusan industry dan juga pelbagai jenis mesin dan perisian yang berkaitan dengan industry pembuatan.
Graduan daripada program ini mempunyai kebolehpasaran kerja yang tinggi dan bersedia untuk memasuki dunia pekerjaan.
Teras bidang pengajian
1- Pengurusan industri
2-Pembuatan dan reka bentuk perkakasan
3-Operasi mesin & jentera pemprosesan
4-Rekabentuk produk
5-Perisian rekabentuk dan pembuatan berbantu computer (CAD & CAM)
Bidang peluang pekerjaan
1-Jurutera Pengeluaran
2-Jurutera Proses
3-Pereka bentuk Produk
4-Perancang pengeluaran
SYARAT KEMASUKAN
Malaysian University English Test (MUET) Band 2
DAN
Lulus STPM atau yang setara, dengan minimum Gred C (NGMP 2.0) dalam mata pelajaran Matematik dan SATU (1) mata pelajaran Sains yang berkaitan;
ATAU
Diploma Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan yang diiktiraf atau setara, dengan PNGK 2.0 Minimum;
ATAU
Diploma dalam bidang Vokasional dan Teknikal / Kemahiran yang berkaitan dan diikitiraf dengan PNGK 2.0 minimum.
Bagi Pelajar Antarabangsa:
Skor Test of English as a Foreign Language (TOEFL) 500
ATAU
Skor International English Languange Testing System (IELTS) 5.0
ATAU
Yang setara adalah diperlukan.
Program ini sangat sesuai untuk para pelajar yang meminati bidang teknikal yang memberi penekanan pada aspek praktikal berbanding teori.
Program Diploma in Manufacturing Engineering (Tool & Die Making) memberi tumpuan kepada aspek pembuatan alat dan acuan secara ‘hands on’ (lebih 60% praktikal). Pelajar akan belajar untuk menggunakan pelbagai jenis mesin dan perisian yang berkaitan dengan pembuatan alat dan acuan.
Graduan daripada program ini mempunyai kebolehpasaran kerja yang tinggi dan bersedia untuk memasuki dunia pekerjaan.
Teras bidang pengajian:-
1-Pembuatan dan rekabentuk alat dan acuan
2-Operasi mesin & jentera pemprosesan
3-Perisian rekabentuk dan pembuatan berbantu computer (CAD & CAM)
4- Penyelenggaraan alat dan acuan
Bidang peluang pekerjaan:-
1-Pembuat alat dan acuan(Tool Maker)
2-Pereka alat dan acuan(Tool Designer)
3-Pembantu jurutera
4-Perancang pengeluaran
5-Jurumesin
6-Pengatur cara mesin CNC
Program ini sangat sesuai untuk para pelajar yang meminati bidang teknikal yang memberi penekanan pada aspek praktikal berbanding teori.
Program Diploma in Manufacturing Engineering (Tool and Die Design) ini memberi tumpuan kepada aspek mereka bentuk alat dan acuan secara‘hands on’ (lebih60% praktikal). Pelajar akan belajar untuk menggunakan pelbagai jenis perisian dan mesin yang berkaitan dengan rekabentuk alat dan acuan.
Graduan daripada program ini mempunyai keboleh pasaran kerja yang tinggi dan bersedia untuk memasuki dunia pekerjaan.
Teras bidang pengajian:-
1-Reka bentuk dan pembuatan alat dan acuan
2-Perisian rekabentuk dan pembuatan berbantu computer (CAD & CAM)
3-Operasi mesin & jentera pemprosesan
4-Penyelenggaraan alat dan acuan
Peluang pekerjaan:-
1-Pereka alat dan acuan(Tool Designer)
2-Pembuat alat dan acuan(Tool Maker)
3-Pembantu jurutera
4-Perancang pengeluaran
5-Jurumesin
6-Pengaturcara mesin CNC
SYARAT KEMASUKAN
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / SPMV dengan mendapat sekurang- kurangnya kepujian dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Matematik dan salah satu mata pelajaran Sains / Teknikal / Vokasional dan lulus bahasa Inggeris
ATAU
Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setara dengan mendapat sekurang- kurangnya gred C (NGMP 2.0) dalam 1 mata pelajaran serta lulus Matematik, Bahasa Inggeris dan satu mata pelajaran Sains / Teknikal / Vokasional di peringkat SPM (atau setara);
ATAU
Lulus Sijil Vokasional dan Teknikal / Kemahiran yang setara dengan tahap 3 MQF dengan mendapat PNGK 2.0 dan 1 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan atau 1 semester program pengukuhan;
ATAU
Lulus Sijil Kejuruteraan / Kejuruteraan Teknologi (Tahap 3 MQF) dengan mendapat sekurang- kurangnya PNGK 2.0;
ATAU
Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara.
Bagi Pelajar Antarabangsa:
Skor Test of English as a Foreign Language (TOEFL) 500
ATAU
Skor International English Languange Testing System (IELTS) 5.0
ATAU
yang setara dengannya